Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 2

(a)

berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah

Persekutuan

(Pengubahsuaian

Pentadbiran

Enakmen

Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/1974], 1981 [P.U. (A)

390/1981] dan 1988 [P.U. (A) 263/1988] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan)

(No. 2) 1973 [Akta A206] dan yang berkuat kuasa di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum

Syarak (Pindaan) 1984; dan

(b)

berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluaskan oleh

Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985

[P.U. (A) 352/1985] yang dibuat menurut seksyen 7 Akta

Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];

―fatwa‖ ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 34

Akta Pentadbiran;

―Hakim‖ ertinya hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah

Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah seksyen 41, 42 dan 43 Akta Pentadbiran;

―Hukum Syarak‖ ertinya Hukum Syarak mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 9

―li’an‖ ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syarak bahawa isterinya telah melakukan zina;

―liwat‖ ertinya perhubungan seks sesama lelaki;

―Mahkamah‖ ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;

―Majlis‖ ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran;

―Mufti‖ ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Wilayah

Persekutuan di bawah seksyen 32 Akta Pentadbiran, dan termasuklah

Timbalan Mufti;

―muncikari‖ ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syarak;

―musahaqah‖ ertinya perhubungan seks sesama perempuan;

―pusat pemulihan diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

―qazaf‖ ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

―rumah diluluskan‖ ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

―sumbang mahram‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah

Hukum Syarak;

―takfir‖ ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

―Wilayah Persekutuan‖ ertinya Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Labuan;

10

Undang-Undang Malaysia AKTA 559

―zina‖ ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

(2)

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta

Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan

Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.