Malaysia legislation

Section 43

of *AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 43

Seseorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia—

(a)

menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu;

(b)

mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau

(c)

dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, pelakuan perkara itu.

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 25

Huraian 1—Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2—Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.

Menyubahati di dalam Wilayah Persekutuan kesalahan di luar

Wilayah Persekutuan