Malaysia legislation
Section 100
of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 100
Dengan syarat bahawa Mahkamah—
(2)
Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk—
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
(a)
nama Mahkamah dan nombor siri kes itu;
(b)
nama, nombor kad pengenalan, dan jantina tertuduh;
(c)
alamat tertuduh;
(d)
pertuduhan;
(e)
tarikh kembalian saman, jika ada;
(f)
tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada;
(g)
nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;
(h)
tarikh penangkapan;
(i)
tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;
(j)
kerakyatan tertuduh;
(k)
umur tertuduh;
(l)
butir apa-apa jaminan atau bon;
(m)
akuan tertuduh;
(n)
nama dan gelaran pegawai atau nama orang yang menjalankan pendakwaan dan nama Peguam Syarie, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;
(o)
tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan penangguhan atau penundaan itu dibuat;
(p)
nota keterangan Mahkamah, jika ada;
(q)
dapatan;
Tatacara Jenayah Syariah 67
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(r)
nota Mahkamah tentang sabitan terdahulu, keterangan watak, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;
(s)
hukuman atau perintah muktamad lain;
(t)
penghakiman, jika bertulis;
(u)
tarikh tamatnya prosiding;
(v)
butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit denda dan waran pemenjaraan; dan
(w)
sekiranya rayuan dibuat—
(i)
tarikh pemberitahuan tentang rayuan, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh diperoleh dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah
Rayuan
Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(ii)
jika penghakiman ialah penghakiman lisan, alasan keputusan;
(iii)
nombor siri Mahkamah Tinggi Syariah atau
Mahkamah Rayuan Syariah bagi rayuan itu; dan
(iv)
keputusan rayuan dan tarikh Mahkamah diberitahu mengenainya.
(3)
Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh
Ketua Hakim Syarie.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
Pemindahan kes