Malaysia legislation

Section 123

of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 123

Apabila seseorang pesalah telah dihukum dengan hukuman denda sahaja dan hukum pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda itu dan Mahkamah mengeluarkan waran di bawah seksyen 122, Mahkamah boleh menggantung pelaksanaan hukuman pemenjaraan itu dan boleh melepaskan pesalah itu apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan penjamin-penjamin sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Mahkamah, yang mensyaratkan dia hadir di hadapan Mahkamah itu pada hari yang ditetapkan bagi pengembalian waran itu yang tidak lebih daripada lima belas hari dari masa bon itu dilaksanakan; dan sekiranya denda itu tidak dibayar juga Mahkamah boleh mengarahkan supaya hukuman pemenjaraan itu dilaksanakan dengan serta-merta.