Malaysia legislation

Section 138

of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Seksyen 138

Tatacara rayuan

(2)

Tiap-tiap notis rayuan hendaklah mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu atau kepada Peguam Syarienya.

(3)

Apabila sesuatu notis rayuan telah dimasukkan, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah membuat suatu salinan bertandatangan bagi alasan keputusan dalam kes itu dan menyebabkan alasan keputusan itu disampaikan kepada perayu atau

Peguam Syarienya dengan meninggalkan salinan itu di alamat yang disebut dalam notis rayuan itu atau dengan menghantarnya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada perayu di alamat itu.

(4)

Dalam masa sepuluh hari selepas salinan alasan keputusan itu disampaikan menurut subseksyen

(3)

, perayu hendaklah mengemukakan kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah

Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan suatu petisyen rayuan

Tatacara Jenayah Syariah 89

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi

Syariah.

(5)

Jika perayu dalam masa yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) bagi pengemukaan notis rayuannya telah memohon suatu salinan nota-nota keterangan yang direkodkan oleh

Hakim semasa perbicaraannya, dia hendaklah mengemukakan petisyen rayuannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4)—

(a)

dalam masa yang diperuntukkan oleh subseksyen itu; atau

(b)

dalam masa sepuluh hari dari tarikh notis ditinggalkan di alamatnya bagi penyampaian yang dinyatakan dalam subseksyen (2) bahawa suatu salinan nota-nota keterangan boleh didapati dengan percuma, mengikut mana-mana tempoh yang lebih panjang.

(6)

Tiap-tiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang terhadapnya rayuan dibuat, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang tentu mengenai perkara undang-undang atau mengenai fakta yang berkenaan dengannya

Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat dikatakan telah silap.

(7)

Jika perayu berada di dalam penjara, dia hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak seksyen ini jika dia memberi pegawai yang menjaga penjara itu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan dalam petisyen rayuan dalam masa yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar fi rayuan yang ditetapkan.

(8)

Pegawai yang menjaga penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu atau yang berupa sebagai notis dan petisyen itu kepada Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di mana perbicaraan itu telah diadakan.

(9)

Jika sesuatu petisyen rayuan tidak dikemukakan dalam

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

masa yang ditetapkan oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan Mahkamah perbicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman atau perintahnya jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah tidak dibenarkan, tetapi tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menyekat kuasa yang diberikan kepada Hakim oleh seksyen 140.

Penghantaran rekod rayuan