Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 2
(a)
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah
Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak) 1974 [P.U. (A) 44/74], 1981 [P.U. (A)
390/81] dan 1988 [P.U. (A) 263/88] yang dibuat menurut subseksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973
[Akta A206] dan berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur menurut kuasa subseksyen 6(1) Akta itu dan Akta
Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984 [Akta A576]; dan
(b)
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang diubahsuaikan dan diperluas oleh
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak)
1985 [P.U. (A) 352/85] yang dibuat menurut seksyen 7
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585];
“Hakim” ertinya seseorang Hakim yang dilantik di bawah subseksyen 43(1) atau 44(1) Akta Pentadbiran;
Tatacara Jenayah Syariah 19
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;
“kesalahan” ertinya apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam dan yang atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa;
“kesalahan boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran;
“kesalahan tak boleh tangkap” ertinya sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya Pegawai
Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran;
“Ketua Hakim Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama” dan “Pegawai Penguat
Kuasa Agama” mempunyai erti masing-masing yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Ketua Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
“Mufti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 560
“Pegawai Masjid” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pentadbiran;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong-Penolong
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Akta Pentadbiran;
“Pendakwa” ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie;
“Pendakwa Syarie” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pentadbiran;
“Pengerusi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pentadbiran;
“pesalah muda” ertinya seseorang pesalah yang berumur lebih daripada sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun;
“saksi” tidaklah termasuk seseorang tertuduh;
“Wilayah-Wilayah Persekutuan” ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Labuan.
(2)
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini dan tidak ditakrifkan dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Akta
Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
(3)
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Tatacara Jenayah Syariah 21
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
Perbicaraan kesalahan oleh Mahkamah