Malaysia legislation
Section 69
of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 69
Apabila sesuatu perbuatan menjadi kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau boleh menjadi kesalahan jika pelaku itu berupaya melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasa tempatannya mana-mana satu perbuatan itu telah dilakukan.
Misalan—Suatu pertuduhan persubahatan boleh dibicarakan sama ada oleh
Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya persubahatan itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah yang di dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.