Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Seksyen 7
Bidang kuasa jenayah Hakim
Tertakluk kepada Akta ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk—
(a)
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;
(b)
menyiasat aduan tentang kesalahan dan memanggil dan memeriksa saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan menangkap dan mengeluarkan waran bagi penangkapan penjenayah dan pesalah dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
(c)
mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya apa-apa barang atau benda yang dengannya atau yang mengenainya apa-apa kesalahan telah dilakukan dikatakan ada disimpan atau disembunyikan;
(d)
menghendaki orang memberikan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut undang-undang; dan
(e)
melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang
Hakim diberi kuasa untuk melakukannya oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Tatacara Jenayah Syariah 23
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)