Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA TELEPERUBATAN 1997 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta Perubatan” ertinya Akta Perubatan 1971[Akta 50];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 564

“berdaftar sementara” ertinya didaftarkan sementara di bawah seksyen 12 Akta Perubatan;

“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Bidan 1966 [Akta 436];

“jururawat berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Jururawat 1950 [Akta 14];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“Majlis” ertinya Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perubatan;

“pembantu perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

[Akta 180];

“pengamal perubatan berdaftar penuh” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan penuh di bawah seksyen 14 Akta Perubatan;

“perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20 Akta Perubatan;

“teleperubatan” ertinya amalan perubatan dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data.