Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Orang yang boleh mengamalkan teleperubatan
(a)
pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu perakuan amalan yang sah; atau
(b)
pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar Malaysia dan―
Teleperubatan 7
(i)
memegang perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan oleh Majlis; dan
(ii)
mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia melalui seorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang perakuan amalan yang sah, boleh mengamalkan teleperubatan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(a), Ketua Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh, membenarkan secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, seseorang pengamal perubatan berdaftar sementara, pembantu perubatan berdaftar, jururawat berdaftar, bidan berdaftar atau mana-mana orang lain yang memberikan jagaan kesihatan, mengamalkan teleperubatan jika orang itu―
(a)
difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk dibenarkan sedemikian; dan
(b)
berada di bawah pengawasan, arahan dan kuasa pengamal perubatan berdaftar penuh yang membuat permohonan itu.
(3)
Mana-mana orang yang mengamalkan teleperubatan dengan melanggar seksyen ini, walaupun dia mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia, adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perakuan untuk mengamalkan teleperubatan