Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA TELEPERUBATAN 1997 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 5

(2)

Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakit di bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksud subseksyen itu melainkan jika pengamal perubatan berdaftar penuh itu sudah, sebelum persetujuan itu diberikan, memaklumkan pesakit itu―

(a)

bahawa dia bebas menarik balik persetujuaanya pada bila-bila masa tanpa menyentuh haknya untuk mendapat jagaan atau

Teleperubatan 9

rawatan pada masa hadapan;

(b)

tentang risiko, akibat dan faedah yang mungkin diperoleh daripada teleperubatan;

(c)

bahawa segala perlindungan kerahsiaan sedia ada adalah terpakai bagi apa-apa maklumat tentang pesakit itu yang diperoleh atau didedahkan dalam masa interaksi teleperubatan;

(d)

bahawa apa-apa imej atau maklumat yang disampaikan atau digunakan semasa atau yang terhasil daripada interaksi teleperubatan yang dapat dikenal pasti sebagai imej atau maklumat pesakit itu atau tentang pesakit itu tidak akan disebarkan kepada mana-mana penyelidik atau mana-mana orang lain tanpa persetujuan pesakit itu.

(3)

Persetujuan yang diberikan oleh seseorang pesakit di bawah subseksyen (1) tidaklah sah bagi maksud subseksyen itu melainkan jika persetujuan itu mengandungi pernyataan yang ditandatangani oleh pesakit itu yang menunjukkan bahawa dia memahami maklumat yang diberikan menurut subseksyen (2) dan bahawa maklumat ini telah dibincangkan dengan pengamal perubatan berdaftar penuh itu.

(4)

Persetujuan bertulis di bawah subseksyen (1) dan pernyataan di bawah subseksyen (3) seseorang pesakit hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod perubatan pesakit itu.

(5)

Jika pesakit itu belum dewasa, atau mengalami ketakupayaan mental yang sedemikian rupa sehingga menyebabkannya tidak berupaya untuk memberikan persetujuan berpengetahuan, maka persetujuan boleh diberikan bagi pihaknya oleh sahabat wakilnya atau penjaga ad idem-nya.

(6)

Mana-mana pengamal perubatan berdaftar penuh yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 564

Peraturan-peraturan