Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
(1)
, peraturan-peraturan boleh dibuat―
(a)
untuk menetapkan standard minimum berkenaan dengan apa-apa kemudahan, komputer, perkakas, alat, kelengkapan, peralatan, bahan, artikel dan benda yang akan digunakan dalam amalan teleperubatan di mana-mana premis;
(b)
untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan mutu dan kawalan mutu boleh terima berkenaan dengan perkhidmatan teleperubatan;
(c)
untuk menghendaki orang yang mengamalkan teleperubatan supaya menyenggara buku, rekod dan laporan sebagaimana yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang sepatutnya Akta ini dan untuk menetapkan cara bagaimana buku, rekod dan laporan itu hendaklah disimpan dan dikeluarkan;
(d)
untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaan kepada
Ketua Pengarah.
(e)
bagi memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan dan bahawa orang yang disabitkan atas kesalahan itu boleh didenda atau dipenjarakan atau kedua-duanya tetapi denda itu tidaklah boleh melebihi lima ribu ringgit dan pemenjaraan itu tidaklah boleh melebihi satu tahun;
(f)
untuk menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan orang yang boleh mengkompaunkan
Teleperubatan 11
kesalahan itu dan cara bagaimana kesalahan itu boleh dikompaunkan;
(g)
untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh
Akta ini supaya ditetapkan atau dibenarkan Akta ini untuk ditetapkan.
12
Akta 564
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
―TIADA―
13
Akta 564
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
―TIADA―