Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA PERKHIDMATAN BERSAMA (PEGAWAI HAL-EHWAL ISLAM) 1997
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Negeri”
termasuklah
Wilayah-Wilayah
Persekutuan
Kuala
Lumpur dan Labuan;
“pegawai” ertinya pegawai perkhidmatan bersama;
“perkhidmatan bersama” ertinya Perkhidmatan Bersama bagi
Pegawai Hal Ehwal Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“saraan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Fasal (2)
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.