Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN GURU-GURU (SABAH) (PEMBUBARAN) 1998

Seksyen 10

(2)

Jika terdapat lebih daripada seorang orang tanggungan yang pembayaran boleh dibuat kepadanya di bawah subseksyen (1), pembayaran itu hendaklah dibuat dalam amaun yang sama banyak kepada orang tanggungan itu.

(3)

Jika tiada orang tanggungan, amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang layak yang sudah mati.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anak” berhubung dengan orang yang layak yang sudah mati ertinya—

(i)

anak di bawah umur dua puluh satu tahun orang yang layak itu dan termasuklah—

(A)

anak yang lahir selepas kematian orang yang layak itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf orang yang layak itu;

dan

(B)

anak yang diambil sebagai anak angkat oleh orang yang layak itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;

dan

(ii)

anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun;

dan

(b)

“orang tanggungan” ertinya—

(i)

balu kepada orang yang layak yang sudah mati;

(ii)

duda kepada orang yang layak yang sudah mati;

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

(iii)

anak kepada orang yang layak yang sudah mati;

atau

(iv)

ibu kepada orang yang layak yang sudah mati atau jika ibunya sudah mati, bapa yang ditanggungnya.

Pembayaran hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya