Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Terma dan syarat yang boleh dipersetujui atau diluluskan
Tanpa menjejaskan seksyen 11, terma dan syarat yang boleh dipersetujui oleh Kerajaan boleh termasuk, berkenaan dengan apa-apa jaminan yang diberikan atau perjanjian yang dibuat di bawah Bahagian ini atau di bawah mana-mana bon, debentur, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana jaminan atau perjanjian sedemikian, peruntukan bagi pematuhan oleh Perbadanan atau Kerajaan atau kedua-duanya kepada bidang kuasa mahkamah negara di mana kemudahan kredit yang disebut di atas itu diberikan.
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 19