Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
memilih untuk memperoleh apa-apa aset menurut peruntukan peletakhakan statutori yang dinyatakan dalam
Bahagian ini, dan jika demikian segala hak dan kewajipan
Perbadanan yang dinyatakan dalam
Bahagian ini hendaklah terpakai dan pemilihan itu hendaklah dibuat dan dibuktikan dengan muktamad dengan pengeluaran oleh Perbadanan suatu perakuan peletakhakan menurut subseksyen 14(7);
(b)
memperoleh sesuatu aset tanpa faedah peruntukan
Bahagian ini, dan jika demikian tiada perakuan peletakhakan boleh dikeluarkan oleh Perbadanan dan
Perbadanan hendaklah memperoleh dan memegang aset itu menurut segala peruntukan undang-undang yang terpakai selain peruntukan yang dinyatakan dalam
Bahagian ini.
(2)
Penjual hendaklah mendedahkan kepada Perbadanan secara bertulis sebelum tarikh peletakhakan semua tuntutan khusus yang diketahuinya yang berhubungan dengan aset itu.
(3)
Jika suatu subsidiari Perbadanan yang ditetapkan di bawah subseksyen 60(2) memperoleh sesuatu aset, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi subsidiari itu seolah-olah subsidiari itu ialah Perbadanan sendiri.
(4)
Perbadanan tidak boleh memperoleh aset orang yang berikut tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya
Sekuriti:
(a)
peniaga, pengurus kumpulan wang, dan penasihat pelaburan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];
20 Undang-Undang Malaysia
(b)
broker niaga hadapan, pengurus kumpulan wang niaga hadapan, dan penasihat perdagangan niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian
Niaga Hadapan 1993 [Akta 499];
(c)
bursa saham sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Perindustrian Sekuriti 1983;
(d)
pusat penjelasan yang diiktiraf dan peserta pusat penjelasan yang diiktiraf sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983;
(e)
syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Perindustrian Niaga Hadapan 1993;
(f)
pusat penjelasan yang diluluskan dan seseorang broker niaga hadapan yang bergabung dengan sesuatu pusat penjelasan suatu syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993;
(g)
depositori pusat dan ejen depositorinya yang diberi kuasa.
Peletakhakan