Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Peletakhakan di bawah subseksyen
(1)
hendaklah mempunyai kuat kuasa mengikut peruntukan Bahagian ini dan, walau apa pun peruntukan Akta Undang-Undang Sivil 1956
[Akta 67] atau mana-mana undang-undang lain, hendaklah mengikat mana-mana orang yang terjejas kerananya mengikut cara yang diperuntukkan dalam Bahagian ini.
(3)
Perbadanan hendaklah, pada dan dari tarikh peletakhakan sesuatu aset, memperoleh segala hak, hakmilik dan kepentingan pada masa sekarang dan masa hadapan penjual mengenai dan
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 21
kewajipan yang didedahkan penjual berkenaan dengan itu bebas daripada apa-apa bebanan atau tuntutan kecuali apa-apa kepentingan berdaftar yang ada pada tarikh peletakhakan dan tuntutan yang didedahkan.
(4)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2) atau (3) berhubungan dengan sesuatu aset yang terletak hak pada Perbadanan—
(a)
setiap penanggung kewajipan berkenaan dengan aset itu hendaklah disifatkan telah membebaskan dan melepaskan penjual daripada kewajipan yang didedahkan berkenaan dengan aset itu;
(b)
setiap penanggung kewajipan dan setiap orang lain yang mempunyai apa-apa hak, hakmilik atau kepentingan mengenai aset itu hendaklah disifatkan telah bersetuju dan menerima pengambilalihan oleh Perbadanan semua kewajipan yang didedahkan berkenaan dengan aset itu;
(c)
suatu surat cara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau dengan menurut kuasanya penjual mempunyai hakmilik atau pemunyaan atau hak ke atas aset itu, hendaklah ditafsirkan dan hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah apa-apa sebutan dalamnya tentang penjual telah digantikan dengan sebutan tentang Perbadanan;
(d)
sesuatu perjanjian yang sedia ada berhubungan dengan aset itu yang penjual adalah suatu pihak kepadanya hendaklah mempunyai kuat kuasa setakat yang terpakai bagi kewajipan dan didedahkan, tuntutan yang didedahkan dan kepentingan berdaftar seolah-olah Perbadanan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu sebagai ganti penjual;
(e)
sesuatu mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan yang sedia ada berhubungan dengan aset itu yang telah diberikan kepada penjual, sama ada bersendirian atau secara bersesama dengan orang lain, hendaklah disifatkan mempunyai kuat kuasa, seolah-olah diberikan kepada Perbadanan sama ada bersendirian atau dengan orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
22 Undang-Undang Malaysia
(f)
sesuatu surat cara boleh niaga atau pesanan bagi pembayaran wang berhubungan dengan aset itu yang telah diberikan kepada penjual sebelum tarikh peletakhakan, hendaklah mempunyai kesan yang sama pada dan dari tarikh peletakhakan, seolah-olah surat cara atau pesanan itu telah diberikan kepada Perbadanan;
(g)
jika jagaan apa-apa barang, benda atau dokumen berhubungan dengan aset itu dipegang oleh penjual sebagai baili sebaik sebelum tarikh peletakhakan, barang, benda atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah dipindahkan kepada Perbadanan dan hak dan kewajipan yang didedahkan penjual di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana aset itu hendaklah dipindahkan kepada Perbadanan bebas daripada apa-apa tuntutan kecuali tuntutan yang didedahkan;
(h)
jika aset itu ialah sekuriti yang dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh penjual, atau oleh seorang penama atau oleh pemegang amanah bagi penjual, sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan apa-apa tanggungan mana-mana orang, sekuriti itu hendaklah dipegang oleh Perbadanan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipegang oleh penama atau pemegang amanah itu sebagai penama, atau pemegang amanah, bagi Perbadanan dengan keutamaan yang sama seperti penjual, dan setakat tanggungan itu, hendaklah ada pada Perbadanan sebagai cagaran untuk pembayaran atau pelepasan tanggungan itu; dan jika apa-apa cagaran sedemikian meliputi pendahuluan masa hadapan atau tanggungan masa hadapan, hendaklah dipegang oleh dan ada seperti yang diperuntukkan dalam perenggan ini kepada Perbadanan sebagai cagaran untuk pendahuluan masa hadapan oleh, dan tanggungan masa hadapan kepada, Perbadanan mengikut cara yang sama dalam segala segi sebagaimana pendahuluan masa hadapan oleh, atau tanggungan masa hadapan kepada, penjual adalah dengan itu terjamin sebaik sebelum tarik peletakhakan;
(i)
sebagai tambahan kepada apa-apa hak, kuasa atau remedi lain yang diberikan kepada Perbadanan dalam Bahagian ini, Perbadanan hendaklah mempunyai hak, kuasa dan
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 23
remedi
(dan khususnya hak dan kuasa tentang pengambilan atau penentangan prosiding undang-undang atau prosiding lain atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa) untuk menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak, hakmilik, kepentingan dan kewajipan yang didedahkan yang terletak hak pada Perbadanan termasuk hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipan itu berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang atau prosiding lain atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh peletakhakan oleh atau terhadap penjual, dan menentang apa-apa tuntutan yang didedahkan atau kepentingan berdaftar seolah-olah hak, hakmilik, kepentingan atau kewajipan itu adalah hak, hakmilik, kepentingan dan kewajipan Perbadanan pada setiap masa;
(j)
sesuatu penghakiman atau award yang didapati oleh penjual berhubungan dengan aset itu dan tidak diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh peletakhakan hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh Perbadanan;
(k)
tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang atau perjanjian yang mengehadkan atau melarang hak penjual atau menghendaki apa-apa keizinan untuk menyerahhakkan, menjual, melupuskan atau memindahkan aset itu boleh terpakai atau mempunyai apa-apa kuat kuasa berkenaan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan oleh Perbadanan, kecuali bahawa sesuatu pelupusan aset itu oleh Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa ke atas pelupusan itu;
(l)
tiada pemerolehan atau pelupusan aset tersebut oleh
Perbadanan boleh menjadi tidak sah atau boleh ditidaksahkan disebabkan oleh pemakaian mana-mana undang-undang;
(m)
jika kadar bunga di bawah mana-mana perjanjian berkenaan dengan sesuatu aset yang diperoleh oleh
Perbadanan hendak ditentukan dengan merujuk kepada kos dana atau kadar pinjaman asas penjual atau suatu
24 Undang-Undang Malaysia kadar bunga yang selainnya tidak lagi dapat ditentukan seperti yang diperuntukkan di bawah perjanjian itu, kadar bunga yang kena dibayar di bawah perjanjian itu hendaklah—
(i)
apa-apa kadar bunga yang boleh dipersetujui oleh
Perbadanan dengan penanggung kewajipan perjanjian itu; atau
(ii)
ditentukan dengan cara yang sama seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian itu dengan merujuk kepada kadar pinjaman asas sesuatu institusi berlesen yang ditentukan oleh Bank
Negara.
(5)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), (2), (3) atau (4), peletakhakan mana-mana aset pada Perbadanan tidak boleh—
(a)
dianggap sebagai menjadikan Perbadanan, penjual, atau mana-mana orang yang mendapat hakmilik daripada
Perbadanan atau mana-mana orang lain mungkir, atau ingkar di bawah, apa-apa kontrak, atau pecah kepercayaan;
(b)
dianggap sebagai menimbulkan hak bagi mana-mana orang untuk—
(i)
menamatkan atau membatalkan atau mengubahsuaikan sesuatu perjanjian;
(ii)
menguatkuasakan atau mempercepat pelaksanaan sesuatu kewajipan; atau
(iii)
mengkehendaki pelaksanaan sesuatu kewajipan yang tidak secara lain berbangkit untuk pelaksanaan;
(c)
dianggap sebagai menjadikan penjual, Perbadanan atau mana-mana orang lain dalam melanggar mana-mana undang-undang atau perjanjian yang melarang, menyekat atau mengawal selia penyerahhakan, penjualan, pelupusan atau pemindahan apa-apa aset atau pendedahan maklumat;
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 25
(d)
melepaskan seorang penjamin daripada sesuatu kewajipan;
(e)
menidaksahkan atau melepaskan sesuatu kontrak atau cagaran;
(f)
dianggap sebagai menamatkan, membatalkan atau mengubah apa-apa hak, keistimewaan, pengecualian
(termasuk apa-apa pengecualian cukai) atau keutamaan yang penjual berhak kepadanya dan yang menurut kuasa seksyen ini telah terletak hak pada Perbadanan.
(6)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), (2), (3), (4) atau
(5)
, dalam mana-mana prosiding yang dibawa oleh atau terhadap
Perbadanan berkenaan dengan apa-apa aset yang terletak hak pada
Perbadanan menurut seksyen ini, tiada seorang pun boleh menimbulkan mana-mana hal yang berikut sebagai suatu tuntutan atau pembelaan kepada prosiding itu, melainkan jika tuntutan itu adalah suatu tuntutan yang didedahkan:
(a)
orang itu ada atau mungkin ada tolakan atau tuntutan balas terhadap penjual atau mana-mana orang lain;
(b)
mana-mana orang yang mempunyai kepentingan terdahulu, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dalam aset itu;
(c)
mana-mana orang yang menjadi pihak kepada atau bersubahat dengan apa-apa fraud, dures, paksaan, pengaruh tidak wajar, atau salah nyataan;
(d)
terdapat kesilapan undang-undang atau fakta;
(e)
mana-mana perjanjian berkaitan dengan aset itu adalah bagi melaksanakan maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa apa-apa balasan yang diberikan atau diterima di bawahnya adalah menyalahi undang-undang atau bahawa tujuan perjanjian yang membentuk atau yang menjadi sebahagian daripada aset itu adalah menyalahi undang-undang;
(f)
terdapat balasan yang gagal sama sekali atau tiada balasan atau terdapat apa-apa balasan yang gagal sebahagiannya;
26 Undang-Undang Malaysia
(g)
orang yang menyempurnakan atau disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan bagi, menimbulkan atau menjamin aset itu tidak memahami dokumen itu;
(h)
orang yang menyempurnakan atau disifatkan telah menyempurnakan atau menjadi pihak kepada mana-mana dokumen hakmilik bagi aset itu atau kontrak bertulis yang menjadi keterangan bagi, menimbulkan atau menjamin aset itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa untuk melakukannya; dan
(i)
terdapat kesilapan dalam mana-mana penyata akaun yang dikeluarkan oleh penjual atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa hutang yang berhubungan dengan aset itu.
(7)
Sesuatu perakuan peletakhakan yang disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada Perbadanan hendaklah menjadi keterangan muktamad peletakhakan itu mulai tarikh peletakhakan.
(8)
Sesuatu perakuan peletakhakan yang dinyatakan dalam subseksyen (7) boleh dikeluarkan oleh Perbadanan selepas tarikh peletakhakan.
Perakuan peletakhakan gantian