Malaysia legislation

Section 14A

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 14A

(2)

Mana-mana perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai

Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada Perbadanan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan itu mulai tarikh peletakhakan yang dinyatakan dalam perakuan peletakhakan gantian itu.

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 27

(3)

Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya sesuatu pindah milik apa-apa aset yang dinyatakan sebagai hal perkara sesuatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan peletakhakan gantian itu dikeluarkan.

(4)

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual,

Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Pemeliharaan hak