Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika suatu perakuan peletakhakan meletakhakkan pada
Perbadanan apa-apa kepentingan mengenai tanah—
(a)
di Semenanjung Malaysia, apabila diterima—
(i)
bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)
borang yang berkenaan —
(A)
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
(B)
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;
(b)
di Sabah, apabila diterima —
(i)
bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)
borang yang berkenaan —
(A)
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
(B)
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sabah hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 29
apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;
(c)
di Sarawak, apabila diterima —
(i)
bayaran fi yang ditetapkan; dan
(ii)
borang yang berkenaan —
(A)
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
(B)
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sarawak hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu.
(3)
Walau apa pun mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah
Negara, Ordinan Tanah Sabah, Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang yang lain, suatu perakuan peletakhakan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan sesuatu kepentingan mengenai tanah pada Perbadanan.
Pendaftar yang lain hendaklah memberikan kuat kuasa kepada perakuan peletakhakan