Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
bayaran fi yang ditetapkan; dan 30 Undang-Undang Malaysia
(b)
borang yang berkenaan —
(i)
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
(ii)
yang menunjukkan identiti orang atau aset yang terlibat dalam peletakhakan itu, tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, melaksanakan segala hal dan membuat segala catatan pada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh orang itu yang diperlukan untuk memberikan kuat kuasa kepada peletakhakan aset yang berhubungan dengan perakuan peletakhakan itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, subseksyen 112A(1) Akta Syarikat 1965
hendaklah disifatkan terpakai bagi Perbadanan seolah-olah perkataan
“tiga puluh” dalam subseksyen itu telah digantikan dengan perkataan
“sembilan puluh”.
(3)
Pendaftar atau orang yang menyenggarakan daftar atau rekod yang disebut dalam seksyen 16 dan seksyen ini tidaklah bertanggungan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pembuatan apa-apa memorial pada dokumen hakmilik daftaran atau apa-apa catatan dalam daftar atau rekod yang bergantung pada perakuan peletakhakan itu.
Peletakhakan aset di luar Malaysia