Malaysia legislation

Section 19A

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 19A

(2)

Mana-mana perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai

Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah dipindahkan hakmiliknya kepada pemeroleh hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang pemindahan itu mulai tarikh pelupusan yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik gantian itu.

(3)

Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya suatu pemindahan hakmilik mana-mana aset yang dinyatakan sebagai hal perkara suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan pindah milik gantian itu dikeluarkan.

(4)

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual,

Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan pindah milik yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan pindah milik hendaklah disifatkan termasuk suatu sebutan mengenai

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 33

suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Pendedahan yang dibenarkan

Section 19A — PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD ACT 1998