Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya mengehendaki makna yang lain —
“orang terjejas” ertinya —
(a)
mana-mana syarikat yang mempunyai tanggungjawab atau tanggungan di bawah suatu kemudahan kredit kepada
Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen;
34 Undang-Undang Malaysia
(b)
mana-mana subsidiari syarikat yang disebut dalam perenggan (a);
(c)
mana-mana syarikat yang telah menyediakan cagaran bagi pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada
Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen; atau
(d)
mana-mana syarikat yang sekurang-kurangnya dua peratus daripada modal syernya telah digadaikan, disandarkan atau digadaijanjikan oleh mana-mana orang untuk menjamin pelaksanaan atau penunaian sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen;
“orang terjejas utama” ertinya mana-mana syarikat yang disebut dalam perenggan (a) takrif “orang terjejas”;
“pemiutang bercagar” ertinya seseorang yang memegang sebagai cagaran bagi tanggungan orang terjejas —
(a)
suatu gadaian yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau
Kanun Tanah Sarawak ke atas tanah yang dipunyai oleh orang terjejas;
(b)
suatu gadaian tetap atau terapung ke atas perusahaan atau harta orang terjejas dan yang, jika dikehendaki oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta
Syarikat 1965;
(c)
suatu penyerahhakan oleh orang terjejas akan haknya di bawah perjanjian untuk membeli tanah atau suatu petak dalam sesuatu bangunan yang dokumen hakmilik keluaran bagi tanah itu atau hakmilik strata bagi petak sesuatu bangunan itu belum dikeluarkan pada masa penyerahhakan itu;
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 35
(d)
dokumen hakmilik keluaran bagi mana-mana tanah atau mana-mana pajakan pendua yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang berkenaan dengannya suatu kaveat pemegang lien telah dimasukkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara;
(e)
suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas sekuriti boleh pasar (sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Syarikat 1965) yang dipunyai oleh orang terjejas dan yang, jika dikehendaki dengan sewajamya oleh subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965, didaftarkan dengan sewajarnya mengikut subseksyen 108(1) Akta
Syarikat 1965; atau
(f)
suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas wang yang disimpan dalam deposit tetap oleh orang terjejas yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah subseksyen 108(1)
Akta Syarikat 1965.
(2)
Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meminda takrif
“pemiutang bercagar” dalam subseksyen (1) mela1ui pemberitahuan dalam Warta.
Penubuhan dan fungsi Jawatankuasa Selia