Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Kriteria bagi pelantikan Pentadbir Khas
Khas di bawah seksyen 23 atau 24 jika Perbadanan berpuas hati bahawa pelantikan itu adalah demi kepentingan awam atau jika
(a)
orang terjejas utama—
(i)
tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat membayar hutangnya; atau
(ii)
tidak dapat atau berkemungkinan tidak dapat menunaikan kewajipannya kepada pemiutangnya;
(b)
orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana bahagian asetnya boleh terus wujud sebagai usaha berterusan;
(c)
perealisasian aset orang terjejas utama dengan lebih berfaedah dapat dicapai berbanding dengan perealisasian aset semasa penggulungan; atau
(d)
pelantikan itu boleh mencapai perealisasian yang lebih berfaedah atau penyelesaian yang lebih cepat sesuatu tanggungjawab atau tanggungan yang dipunyai oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang, masa hadapan, terletak hak atau kontinjen.
Pelantikan Pentadbir Khas