Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 27

Seorang Pentadbir Khas tidak boleh dilantik —

(a)

berkenaan dengan orang terjejas jika orang terjejas itu telah digulung oleh

Mahkamah dan perintah penggulungan itu masih berkuat kuasa;

(b)

melainkan jika kelulusan bertulis badan kawal selia yang berkaitan telah diperoleh terlebih dahulu, berkenaan dengan orang terjejas yang—

(i)

dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553];

(ii)

dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi

Kewangan 1989;

(iii)

merupakan seorang peniaga, pengurus kumpulan wang atau penasihat pelaburan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 39

(iv)

merupakan seorang broker niaga hadapan, pengurus kumpulan wang niaga hadapan atau penasihat perdagangan niaga hadapan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta

Perindustrian Niaga Hadapan 1993;

(v)

merupakan suatu bursa saham sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

(vi)

merupakan suatu pusat penjelasan yang diiktiraf atau peserta suatu pusat penjelasan yang diiktiraf sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta

Perindustrian Sekuriti 1983;

(vii)

merupakan suatu syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Niaga

Hadapan 1993;

(viii)

merupakan suatu pusat penjelasan diluluskan atau seorang broker niaga hadapan yang bergabung dengan suatu pusat penjelasan syarikat bursa sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta

Perindustrian Niaga Hadapan 1993;

(ix)

merupakan suatu depositori pusat atau ejen depositorinya yang diberi kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti

(Depositori Pusat) 1991;

(x)

dilesenkan di bawah *Akta Bank Luar Pesisir 1990

[Akta 443]; atau

(xi)

dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983

[Akta 276].

*NOTA—Akta Bank Luar Pesisir 1990 [Akta 443] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan

Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2010-lihat Akta

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704].

40 Undang-Undang Malaysia

Tempoh pentadbiran