Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 28

(2)

Pentadbir Khas hendaklah dilepaskan daripada pelantikannya apabila penamatan pelantikannya diluluskan oleh Jawatankuasa Selia atas syor Perbadanan.

(3)

Jika Pentadbir Khas dilepaskan daripada pelantikannya di bawah seksyen ini, dia hendaklah, mulai dari pelepasan itu, dibebaskan daripada segala tugas dan tanggungan berkenaan dengan pentadbirannya atau selainnya berhubungan dengan tingkah lakunya sebagai Pentadbir Khas.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang sesuatu tindakan atau prosiding lain oleh mana-mana pihak kerana apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh salah laku yang disengajakan atau kecuaian melampau Pentadbir Khas.

Pemberitahuan pelantikan Pentadbir Khas