Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 29

(a)

dalam tempoh dua hari selepas pelantikan itu memberikan notis bertulis mengenai pelantikannya kepada orang terjejas;

(b)

dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan itu menyerah simpan suatu notis mengenai pelantikan Pentadbir Khas itu dengan Pendaftar Syarikat dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini; dan

(c)

dalam tempoh tujuh hari selepas pelantikan itu menyebabkan suatu notis mengenai pelantikan Pentadbir

Khas itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 41

harian kebangsaan, salah satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(2)

Tiap-tiap invois, pesanan untuk barang atau perkhidmatan, surat urusan, cek, nota kredit atau surat cara boleh niaga atau bil muatan yang, selepas pelantikan Pentadbir Khas berhubungan dengan orang terjejas, dikeluarkan oleh atau bagi pihak orang yang terjejas atau

Pentadbir Khas, iaitu dokumen yang padanya atau dalamnya tertera nama orang terjejas, hendaklah mengandungi perkataan “Pentadbir

Khas Dilantik” atau perkataan yang seumpamanya.

(3)

Pelanggaran seksyen ini tidaklah menjejaskan kesahan tindakan

Pentadbir Khas dalam mentadbirkan orang terjejas.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesan pelantikan Pentadbir Khas