Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(a)
untuk menyimpan dalam milikannya buku orang terjejas;
atau
(b)
untuk menuntut atau menguatkuasakan sesuatu lien ke atas buku orang terjejas.
(2)
Pentadbir Khas boleh memberikan notis kepada seseorang dan orang itu hendaklah menghantar kepada Pentadbir Khas buku yang dinyatakan sedemikian dalam notis itu yang ada dalam milikannya.
(3)
Subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa buku—
(a)
yang berhak dimiliki oleh seseorang pemiutang bercagar orang terjejas itu melainkan jika disebabkan oleh suatu lien; atau 48 Undang-Undang Malaysia
(b)
orang terjejas itu yang diimpaun oleh mana-mana badan kawal selia, tetapi Pentadbir Khas itu berhak untuk memeriksa dan membuat salinan buku itu.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Hak Pentadbir Khas ke atas aset orang terjejas