Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 39

Khas—

(2)

Jika Pentadbir Khas menyita apa-apa harta yang bukan harta orang terjejas dan pada masa penyitaan itu, mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa dia berhak untuk menyita harta itu, maka, Pentadbir Khas tidak akan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh penyitaan itu melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan dengan sengaja oleh Pentadbir Khas atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya atau oleh kecuaian Pentadbir Khas sendiri.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak Pentadbir

Khas di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 49

Kesan menghalang atau menghadang Pentadbir Khas