Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 40

(a)

apa-apa kepentingan mengenai tanah yang mengandungi waad yang membebankan;

(b)

syer dalam perbadanan;

(c)

kontrak yang tidak menguntungkan; atau

(d)

apa-apa aset lain yang tidak boleh dijual, atau tidak sedia dijual, oleh sebab aset itu mengikat pemiliknya kepada pelaksanaan apa-apa tindakan yang membebankan, atau kepada pembayaran apa-apa jumlah wang,

Pentadbir Khas boleh dalam tempoh dua belas bulan selepas dia menyedari mana-mana aset yang tersebut di atas, menolak tuntutan mana-mana aset sedemikian.

(2)

Hak mana-mana orang yang terjejas oleh Pentadbir Khas menurut penjalanan kuasanya untuk menolak tuntutan di bawah subseksyen (1) hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan dan apa-apa pampasan kepada orang itu hendaklah ditarafkan sebagai hutang tidak bercagar.

(3)

Pentadbir Khas tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) untuk menolak tuntutan apa-apa kontrak pasaran.

50 Undang-Undang Malaysia

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), suatu “kontrak pasaran”

hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 126B Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan hendaklah termasuk kontrak niaga hadapan yang didagangkan dalam pasaran niaga hadapan yang dijelaskan melalui suatu pusat penjelasan diluluskan.

Kesan pelantikan Pentadbir Khas