Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(a)
apa-apa petisyen untuk penggulungan orang terjejas hendaklah ditolak oleh mahkamah;
(b)
tiada ketetapan boleh diluluskan atau perintah dibuat bagi penggulungan orang terjejas;
(c)
tiada penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara, kecuali mana-mana penerima, penerima dan pengurus atau penyelesai sementara yang dilantik oleh badan kawal selia yang berkaitan berkenaan dengan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 27(c), boleh dilantik, atau jika dilantik, pelantikannya hendaklah tamat dengan serta-merta dan dia hendaklah mengosongkan jawatannya;
(d)
tiada langkah boleh diambil—
(i)
untuk mewujudkan, menyempurnakan atau menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa aset orang terjejas;
(ii)
untuk menguatkuasakan suatu penghakiman ke atas apa-apa aset orang terjejas;
(iii)
untuk memiliki semula apa-apa aset dalam milikan, jagaan atau kawalan orang terjejas; atau
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 51
(iv)
untuk menolak apa-apa hutang yang terhutang kepada orang terjejas berkenaan dengan apa-apa tuntutan terhadap orang terjejas itu, kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan;
(e)
tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain boleh dimulakan atau diteruskan, dan tiada distres boleh dilevikan, terhadap orang terjejas atau asetnya kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan;
(f)
apa-apa permohonan yang dibuat di bawah seksyen 176
Akta Syarikat 1965 hendaklah ditangguhkan sine die dan apa-apa perintah sekatan yang dikeluarkan menurut subseksyen 176(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah dilepaskan dan diketepikan dengan serta-merta; dan
(g)
tiada prosiding dan tiada pelaksanaan atau proses undang-undang lain yang boleh dimulakan, atau diteruskan, terhadap mana-mana orang yang menyediakan jaminan atau yang bertindak sebagai penjamin bagi tanggungan orang terjejas berkenaan dengan tanggungan itu kecuali dengan kebenaran bertulis terdahulu Perbadanan.
(2)
Tempoh moratorium yang diperuntukkan dalam subseksyen (1)
adalah selama tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh pelantikan
Pentadbir Khas dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh
Perbadanan dengan kelulusan Jawatankuasa Selia.
(3)
Jika—
(a)
Perbadanan menerima laporan Penasihat Bebas sebelum tamatnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2),
Perbadanan boleh jika difikirkannya patut, melanjutkan moratorium itu selama tempoh dua belas bulan lagi atau selama tempoh yang dikehendaki untuk menyiapkan pelaksanaan cadangan yang diluluskan di bawah seksyen 46
atau 48, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b)
pada pendapat Perbadanan laporan Penasihat Bebas tidak mungkin diterima sebelum tamatnya tempoh yang
52 Undang-Undang Malaysia dinyatakan dalam subseksyen (2), atau dalam apa-apa hal lain, atas syor Perbadanan untuk suatu perlanjutan moratorium itu, Jawatankuasa Selia boleh melanjutkan moratorium itu selama apa-apa tempoh atau tempoh yang disyorkan oleh Perbadanan atau apa-apa tempoh atau tempoh lain yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa
Selia.
(4)
Jika tempoh moratorium itu dilanjutkan menurut subseksyen (3), suatu notis mengenai pelanjutan tersebut hendaklah disiarkan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar harian kebangsaan, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.
(5)
Perbadanan tidak boleh bertanggungan bagi sesuatu tindakan atau ganti rugi lain berkenaan dengan sesuatu keengganan untuk memberi kebenarannya di bawah subseksyen (1).
(6)
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang apa-apa prosiding sivil atau jenayah dimulakan atau diteruskan oleh mana-mana badan kawal selia di bawah mana-mana undang-undang bertulis terhadap orang terjejas.
(7)
Apa-apa keputusan Perbadanan di bawah seksyen ini adalah muktamad dan mengikat dan tidak boleh dikaji semula, dibatalkan, dirayu terhadapnya atau diketepikan oleh mana-mana mahkamah.
(8)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak me1ebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Keutamaan tidak wajar