Malaysia legislation

Section 42A

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 42A

(a)

daripada seseorang yang pada masa pemerolehan atau dijual itu ialah pengarah orang terjejas itu; atau

(b)

daripada sesuatu syarikat yang, pada masa pemerolehan itu, seorang pengarahnya juga merupakan pengarah orang terjejas itu, maka Pentadbir Khas boleh mendapatkan kembali daripada orang atau syarikat yang aset daripadanya itu telah diperoleh apa-apa amaun yang balasan tunai bagi pemerolehan itu melebihi nilai aset itu pada masa pemerolehannya.

(2)

Jika apa-apa aset telah dijual oleh orang terjejas itu bagi suatu balasan tunai dalam tempoh dua tahun sebelum seorang Pentadbir

Khas dilantik di bawah Akta ini—

(a)

kepada seseorang yang pada masa penjualan itu ialah pengarah orang terjejas itu; atau

(b)

kepada sesuatu syarikat yang, pada masa penjualan itu, seorang pengarahnya juga merupakan pengarah orang terjejas itu,

54 Undang-Undang Malaysia maka Pentadbir Khas boleh mendapatkan kembali daripada orang atau syarikat yang kepadanya aset itu telah dijual apa-apa amaun yang nilai aset itu melebihi balasan tunai itu pada masa penjualan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

“balasan tunai”, berhubung dengan sesuatu pemerolehan atau penjualan oleh orang terjejas, ertinya balasan untuk pemerolehan atau penjualan yang boleh dibayar selain melalui penerbitan syer dalam orang terjejas;

“nilai aset” termasuklah nilai apa-apa nama baik atau keuntungan yang mungkin boleh dibuat daripada aset itu atau balasan yang serupa; dan

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965.

Pengosongan jawatan penerima, dsb.