Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(1A)
Cadangan Pentadbir Khas atau apa-apa ubahsuaian kepada cadangan itu di bawah seksyen 48 boleh termasuk apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pentadbir khas.
(1B)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen yang terdahulu, cadangan itu boleh termasuk peruntukan bagi—
(a)
suatu kompromi atau perkiraan antara orang terjejas dengan pemiutangnya atau mana-mana golongan daripada mereka atau antara orang terjejas dengan anggotanya atau mana-mana golongan daripada mereka atau antara orang terjejas dengan penghutangnya atau mana-mana golongan daripada mereka;
(b)
pengubahan atau pengurangan kesemua atau sebahagian daripada modal syer orang terjejas;
(c)
penjualan kesemua atau sebahagian daripada perusahaan atau harta orang terjejas;
(d)
pemindahan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perusahaan, harta atau tanggungan orang terjejas kepada sesuatu syarikat;
(e)
pemindahan kesemua atau sebahagian daripada syer, atau kesemua syer daripada suatu kelas tertentu, dalam orang terjejas kepada mana-mana syarikat;
(f)
penerusan apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap orang terjejas oleh atau terhadap syarikat yang disebut dalam perenggan (d);
(g)
pembubaran tanpa penggulungan orang terjejas;
(h)
apa-apa peruntukan lain yang perlu untuk memastikan bahawa cadangan atau rancangan Pentadbir Khas atau apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan berkenaan dengan orang tejejas hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan.
(2)
Sebaik sahaja menerima cadangan daripada Pentadbir Khas
Perbadanan hendaklah mengemukakan cadangan itu kepada
Penasihat Bebas yang dilantik di bawah seksyen 26.
56 Undang-Undang Malaysia
(3)
Penasihat Bebas hendaklah mengkaji semula kemunasabahan cadangan itu dengan mengambil kira kepentingan pemiutang tidak bercagar, pemiutang bercagar dan anggota orang terjejas dan dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan memberikan laporannya kepada Perbadanan.
Perbadanan hendaklah menimbangkan cadangan