Malaysia legislation

Section 47

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 47

(2)

Pentadbir Khas hendaklah—

(a)

dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 46;

(b)

jika tidak terdapat pemiutang bercagar yang diketahui oleh

Pentadbir Khas, dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 45(2); atau

(c)

dalam masa empat belas hari dari tarikh cadangan itu diluluskan di bawah subseksyen 48(6),

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 59

menyebabkan supaya kelulusan cadangan itu dan masa serta tempat bagi mana-mana pemiutang orang terjejas itu untuk memeriksa butir-butir cadangan itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian kebangsaan, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, suatu cadangan yang diluluskan atau diubahsuai di bawah Akta ini boleh dilaksanakan dan Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan membuat segala perkara yang perlu untuk menjalankan cadangan itu atau mana-mana bahagian cadangan itu dengan sepenuhnya dan dengan berkesan dan menguatkuasakannya tanpa memerlukan apa-apa notis diberikan kepada atau kelulusan atau keizinan didapatkan daripada mana-mana anggota atau pemiutang orang terjejas itu atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, atau kelulusan atau pengesahan daripada mahkamah dan apa-apa notis, kelulusan, keizinan atau pengesahan sedemikian (sama ada dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang atau kontrak atau selainnya) hendaklah disifatkan telah diberikan atau didapatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Jika mana-mana bahagian aset orang terjejas adalah tertakluk kepada hak pemiutang bercagar atau mana-mana orang lain dan suatu cadangan telah diluluskan di bawah Akta ini, Pentadbir Khas hendaklah berhak untuk menguruskan aset itu mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(5)

Pentadbir Khas hendaklah menggunakan semua hasil yang direalisasikan semasa cadangan itu dilaksanakan mengikut cara yang dinyatakan dalam cadangan itu.

(6)

Jika seseorang Pentadbir Khas memindahkan harta atau tanggungan menurut suatu cadangan, maka harta itu hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada, dan tanggungan itu hendaklah dipindahkan kepada dan menjadi tanggungan, penerima pindahan, dalam hal mana-mana harta yang tertentu jika cadangan itu mengarahkan sedemikian, bebas daripada apa-apa gadaian, kaveat atau bebanan lain.

(7)

Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau mana-mana syarikat yang berkaitan

(sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965) atau subsidiari Perbadanan boleh memperoleh apa-apa harta, atau sekuriti boleh pasar yang diterbitkan oleh, orang terjejas.

60 Undang-Undang Malaysia

(8)

Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Pentadbir Khas hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu untuk menguatkuasakan dan melaksanakan cadangan yang diluluskan mengikut seksyen 44 hingga 46 atau yang diubahsuai mengikut seksyen 48.

Ubahsuaian kepada cadangan

Section 47 — PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD ACT 1998