Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(a)
cadangan itu diluluskan oleh pemiutang bercagar orang terjejas di bawah seksyen 46; atau
(b)
jika tidak terdapat pemiutang bercagar yang diketahui oleh
Pentadbir Khas, cadangan itu diluluskan oleh Perbadanan di bawah subseksyen 45(2), mencadangkan ubahsuaian kepada cadangan itu.
(2)
Penasihat Bebas yang dilantik berhubungan dengan orang terjejas hendaklah mengkaji semula kemunasabahan ubahsuaian yang dicadangkan dan hendaklah memutuskan keperluan untuk mengadakan mesyuarat pemiutang bercagar untuk meluluskan ubahsuaian yang dicadangkan itu.
(3)
Keputusan Penasihat Bebas di bawah subseksyen (2) hendaklah mengikat Pentadbir Khas, orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang cadangan yang diubahsuai itu.
(4)
Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar perlu diadakan untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan itu, Pentadbir Khas hendaklah dalam masa enam puluh hari dari penerimaan laporan Penasihat Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Perbadanan, mengadakan mesyuarat itu.
(5)
Pentadbir Khas hendaklah, sebelum mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen (4), menghantar melalui pos berdaftar berbayar
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 61
dahulu atau mengikut apa-apa cara lain yang ditetapkan di bawah
Akta ini ke alamat terakhir yang diketahui orang terjejas dan setiap pemiutang bercagar orang terjejas yang diketahui oleh Pentadbir
Khas—
(a)
suatu salinan ubahsuaian yang dicadangkan;
(b)
suatu salinan laporan
Penasihat
Bebas mengenai ubahsuaian yang dicadangkan;
(c)
jika difikirkan sesuai oleh
Perbadanan, suatu memorandum daripada Perbadanan yang menyatakan apa-apa perkara pada pandangan Perbadanan patut diambil kira oleh pemiutang bercagar dalam menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan; dan
(d)
suatu notis mengenai mesyuarat pemiutang bercagar bagi ubahsuaian yang dicadangkan yang dinyatakan dalam seksyen ini.
(6)
Mesyuarat pemiutang bercagar orang terjejas untuk menimbangkan ubahsuaian yang dicadangkan hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 46.
(7)
Jika Penasihat Bebas berpendapat bahawa suatu mesyuarat pemiutang bercagar tidak perlu diadakan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4), Pentadbir Khas bolehlah melaksanakan ubahsuaian yang dicadangkan itu yang hendaklah mengikat orang terjejas, semua anggota dan pemiutang orang terjejas dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu, sama ada atau tidak orang itu mempunyai pengetahuan atau diberikan notis tentang ubahsuaian itu.
(8)
Tanpa menjejaskan seksyen 49, pematuhan mana-mana syarat kelulusan yang dikenakan oleh suatu badan kawal selia tidak boleh ditafsirkan sebagai ubahsuaian kepada cadangan itu bagi maksud seksyen ini.
Syarat kelulusan kawal selia