Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(a)
orang itu ialah orang sebenar; dan
(b)
dia telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidak menarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya.
(2)
Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai Pentadbir
Khas:
(a)
juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta
Syarikat 1965 ;
(b)
seorang yang, pada pendapat Perbadanan, mempunyai pengalaman yang dikehendaki; atau
(c)
seorang yang, pada pendapat Perbadanan, berupaya melaksanakan tugas Pentadbir Khas.
(3)
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai Pentadbir
Khas:
(a)
suatu perbadanan;
(b)
seorang bankrap belum lepas;
(c)
seorang pemegang gadai janji mana-mana harta orang terjejas;
(d)
seorang juruaudit orang terjejas; atau
(e)
seorang pegawai orang terjejas.
Kelayakan Penasihat Bebas