Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Pelanjutan masa
(a)
bagi apa-apa maksud suatu tindakan dikehendaki dilakukan dalam suatu tempoh yang tertentu atau sebelum suatu masa yang tertentu di bawah peruntukan mana-mana undang-undang atau mana-mana perjanjian; dan
(b)
Bahagian ini menghalang tindakan itu dilakukan dalam tempoh atau sebelum masa itu, maka tempoh itu disifatkan sebagai dilanjutkan atau masa itu disifatkan sebagai ditangguhkan selama tempoh tindakan itu dihalang oleh Bahagian ini daripada dilakukan.