Malaysia legislation

Section 57

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 57

(a)

untuk melupuskan harta itu atau mana-mana bahagian harta itu melalui triti persendirian; dan 66 Undang-Undang Malaysia

(b)

jika harta itu terdiri daripada tanah, untuk mengambil segala langkah yang difikirkannya patut untuk memelihara nilai tanah itu atau untuk memudahkan pelupusan tanah itu melalui triti persendirian, termasuk memasuki tanah itu

(sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya) untuk memeriksa, melindungi, menjaga, menyenggara atau membaiki tanah itu.

(2)

Suatu penjualan melalui triti persendirian di bawah subseksyen (1) boleh dilaksanakan melalui kontrak persendirian, lelong, tender atau apa-apa cara penjualan yang lain.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan atau pemeroleh hendaklah disifatkan telah diberi kuasa oleh pemberi cagaran untuk menguatkuasakan pemindahan hakmilik harta itu kepada pembeli.

(4)

Tiap-tiap Pendaftar Mahkamah Tinggi, Pendaftar Syarikat,

Pendaftar tanah, Ketua Pendaftar Kapal, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasa, dan mana-mana orang yang menyenggarakan daftar atau rekod pemunyaan atau kepentingan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menerima perakuan pindah milik atau surat cara pemindahan hakmilik atau dokumen pendaftaran lain yang disempumakan oleh Perbadanan atau pemeroleh dan melaksanakan pindah milik harta itu atau mana-mana bahagian daripada harta itu kepada pembeli tanpa perlu untuk membuat apa-apa permohonan lanjut atau memfailkan apa-apa dokumen lanjut.

(5)

Walau apa pun apa-apa yang sebaliknya dalam mana-mana undang-undang, Perbadanan atau mana-mana syarikat berkaitan atau subsidiari Perbadanan boleh, tanpa perlu untuk membayar apa-apa deposit, memperoleh apa-apa harta yang dilupuskan di bawah subseksyen (1) dan berhak untuk menolak harga pembelian terhadap tanggungan yang terhutang kepada mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:

(a)

Perbadanan;

(b)

mana-mana syarikat berkaitan Perbadanan;

(c)

mana-mana subsidiari Perbadanan.

(6)

Hak Perbadanan di bawah subseksyen (1) —

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 67

(a)

boleh dijalankan walau apa pun apa-apa perintah jualan yang dibuat sama ada menurut apa-apa kaedah mahkamah, Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah

Sabah atau Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain dan walau apa pun apa-apa langkah atau prosiding yang telah diambil atau yang masih belum selesai untuk menjual harta itu;

(b)

boleh dijalankan tanpa memerlukan apa-apa kelulusan, pengesahan atau perintah mahkamah;

(c)

adalah kumulatif dan tidak eksklusif kepada apa-apa hak atau remedi lain yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak;

(d)

boleh dijalankan serentak dengan apa-apa hak atau remedi yang diperuntukkan oleh undang-undang atau kontrak.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “syarikat berkaitan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Syarikat 1965.