Malaysia legislation

Section 67

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 67

(2)

Perbadanan, pegawai atau pekerjanya tidak sekali-kali boleh dianggap bagi apa-apa maksud, atau diisytiharkan oleh mana-mana

Mahkamah atau orang, sebagai menjalankan urusan Perbadanan dengan niat untuk menipu pemiutang atau telah melakukan apa-apa kesalahan disebabkan oleh hakikat bahawa Perbadanan sedang menjalankan perniagaan semasa ia tidak solven atau berkemungkinan menjadi tidak solven.

(3)

Tiada pegawai Perbadanan boleh dipertanggungkan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan subseksyen (2).

(4)

Tiada pegawai atau pekerja Perbadanan boleh hilang kelayakannya di bawah seksyen 130A Akta Syarikat 1965 atau dalam apa-apa cara sekalipun dihalang atau selainnya dilarang daripada memegang apa-apa jawatan, atau daripada diterima masuk ke dalam atau keanggotaan apa-apa badan profesional atau badan lain di bawah mana-mana undang-undang semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah seorang pegawai atau pekerja

Perbadanan.

(5)

Seorang pegawai atau pekerja Perbadanan tidak boleh dianggap sebagai seorang yang tidak lagi layak dan patut semata-mata kerana hakikat bahawa pegawai atau pekerja itu adalah pegawai atau pekerja

Perbadanan.

(6)

Bagi maksud seksyen ini—

74 Undang-Undang Malaysia

“pegawai”, berhubungan dengan Perbadanan, termasuklah seorang yang memegang jawatan sebagai seorang pengarah dengan apa jua nama disebut, seorang yang arahan atau petunjuknya lazim diikuti oleh anggota Lembaga, seorang pengarah ganti dan setiausaha

Perbadanan;

“pekerja” ertinya seorang yang digaji oleh Perbadanan.

Kuasa untuk membuat peraturan