Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PENGURUSAN DANAHARTA NASIONAL BERHAD 1998

Seksyen 9

(2)

Menteri Kewangan boleh menjalankan kesemua hak dan kuasa sebagai pemegang syer dalam modal Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Memorandum dan Artikel Persatuannya.

(3)

Walau apa pun subseksyen 147(6) Akta Syarikat 1965, jika

Menteri Kewangan berhak secara benefisial kepada keseluruhan syer terbitan Perbadanan, suatu minit yang ditandatangani oleh wakil Menteri Kewangan yang diberi kuasa dengan sewajarnya yang menyatakan bahawa apa-apa tindakan, perkara atau benda, atau apa-apa ketetapan biasa atau khas yang dikehendaki oleh

Akta Syarikat 1965 atau oleh Memorandum atau Artikel

Persatuan

Perbadanan supaya dibuat, dilaksanakan atau diluluskan oleh atau di mesyuarat agung biasa atau mesyuarat agung luar biasa Perbadanan telah dibuat, dilaksanakan atau diluluskan, maka tindakan, perkara, benda, atau ketetapan itu hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan telah dibuat,

18 Undang-Undang Malaysia dilaksanakan atau diluluskan dengan sewajarnya oleh atau di mesyuarat agung biasa, atau mengikut kehendak keadaan, oleh atau di mesyuarat agung luar biasa Perbadanan.

(4)

Dalam pemakaian seksyen 36, subperenggan 217(2)(a)(i) dan perenggan 218(1)(d) Akta Syarikat 1965 bagi Perbadanan, Menteri

Kewangan hendaklah disifatkan sebagai syarikat pemegangan

Perbadanan.