Malaysia legislation
Section 210
Seksyen 210
(2)
Suruhanjaya hendaklah memberikan pendapatnya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu.
(3)
Suruhanjaya hendaklah mengambil kira mana-mana garis panduan Menteri yang berkaitan dan mana-mana pendapat yang diberikan sebelumnya di bawah Bab ini sebelum memberikan pendapatnya.
116
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
(4)
Pendapat itu hendaklah mengikat Suruhanjaya dan semua pihak yang terlibat selama tempoh tiga tahun dari tarikh pendapat itu diberikan di bawah subseksyen (2).
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh menarik balik sesuatu pendapat jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa jenis perkhidmatan itu telah berubah dengan banyaknya.
(6)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar pendapat mengikut Bab 6 Bahagian V.
Kehendak Kandungan
Larangan terhadap pemberian kandungan jelik