Malaysia legislation
Section 236
Seksyen 236
(a)
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan apa-apa peranti capaian lancung;
(b)
memiliki apa-apa peranti capaian lancung atau peranti capaian tidak dibenarkan;
Komunikasi dan Multimedia 131
(c)
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan, atau mempunyai kawalan atas atau menyimpan, atau memiliki apa-apa kelengkapan pembuat peranti; atau
(d)
menghasilkan, memasang, menggunakan, mengimport, menjual, membekalkan atau menyewakan, atau mempunyai kawalan atas atau menyimpan, atau memiliki—
(i)
apa-apa kelengkapan, peranti atau radas yang telah diubahsuaikan atau dipinda untuk memperoleh penggunaan tidak dibenarkan mana-mana perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan; atau
(ii)
perkakasan atau perisian yang digunakan bagi mengubah atau mengubahsuaikan apa-apa kelengkapan, peranti atau radas untuk memperoleh capaian tidak dibenarkan kepada mana-mana perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi atau perkhidmatan aplikasi kandungan, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Seseorang yang tanpa kebenaran pengeluar sesuatu peranti capaian, memujuk rayu seseorang bagi maksud—
(a)
menawarkan suatu peranti capaian; atau
(b)
menjual maklumat mengenai, atau suatu permohonan untuk memperoleh, suatu peranti capaian, melakukan suatu kesalahan.
(3)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“kelengkapan pembuat peranti” ertinya apa-apa kelengkapan, mekanisme, atau tera yang direka bentuk atau digunakan terutamanya bagi membuat suatu peranti capaian atau peranti capaian lancung;
132
Undang-Undang Malaysia
Akta 588
“peranti capaian lancung” ertinya apa-apa peranti capaian yang lancung, rekaan, dipinda, atau dipalsukan, atau suatu komponen yang dapat dikenal pasti dalam suatu peranti capaian atau peranti capaian lancung;
“peranti capaian tidak dibenarkan” ertinya apa-apa peranti capaian yang hilang, dicuri, tamat tempoh, dibatalkan, dipotong, atau diperoleh dengan niat untuk melakukan fraud.
Larangan terhadap perkhidmatan panggil balik