Malaysia legislation
Section 240
Seksyen 240
Seseorang yang dengan sengaja—
(a)
menghantar melalui mel, atau menghantar atau membawa dalam perdagangan dalam negeri atau antarabangsa, apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa reka bentuk kelengkapan atau peranti itu menjadikannya berguna terutamanya bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi; atau
(b)
meletakkan dalam mana-mana surat khabar, majalah, surat sebaran, atau penerbitan lain apa-apa iklan mengenai—
(i)
apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa reka bentuk kelengkapan atau peranti itu menjadikannya berguna terutamanya bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi; atau
(ii)
apa-apa kelengkapan atau peranti elektronik, mekanikal atau selainnya, jika iklan itu menggalakkan penggunaan kelengkapan atau
Komunikasi dan Multimedia 135
peranti itu bagi maksud pemintasan mana-mana komunikasi secara curi-curi, sedangkan dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa iklan itu akan dihantar melalui mel atau diangkut dalam perdagangan dalam negeri atau antarabangsa, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan kerana memberikan pernyataan palsu dan mengelirukan