Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(a)
apa-apa lesen individu yang diberikan di bawah Bahagian ini;
Komunikasi dan Multimedia 49
(b)
apa-apa syarat khas atau tambahan yang dinyatakan dalam lesen individu itu;
(c)
apa-apa notis bertulis yang mengubah, membatalkan atau mengenakan apa-apa syarat khas atau tambahan yang dinyatakan dalam lesen individu itu;
(d)
apa-apa notis bertulis oleh pemegang lesen itu yang menyerahkan lesen individunya;
(e)
apa-apa notis bertulis oleh Menteri yang menggantung atau membatalkan lesen individu itu; dan
(f)
apa-apa notis bertulis yang meluluskan pemindahan hakmilik sesuatu lesen individu atau penukaran pemunyaan benefisial lesen individu itu.
(2)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar, yang hendaklah terbuka kepada orang ramai, mengenai semua lesen individu yang telah diberikan di bawah Bahagian ini.
(3)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar berasingan, yang hendaklah terbuka kepada orang ramai, mengenai semua perkara yang disenaraikan dalam perenggan (1)(b)
hingga (f).
(4)
Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan daftar-daftar itu mengikut Bab 6 Bahagian V.
Hak dan kewajipan yang disertakan dengan lesen individu