Malaysia legislation

Section 43

of AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Seksyen 43

(2)

Dalam memberikan lesen individu, Menteri boleh mengisytiharkan faedah tertentu hanya bagi pemegang lesen yang mempunyai aku janji berdaftar semasa di bawah seksyen ini.

(3)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai jenis perkara yang boleh dimasukkan dalam sesuatu aku janji oleh seseorang bakal pemegang lesen dan faedah sepadan yang layak didapati oleh pemegang lesen itu berkenaan dengan perkara sedemikian.

50

Undang-Undang Malaysia

Akta 588

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 16 dan seksyen ini boleh mengadakan peruntukan supaya mana-mana atau semua faedah tertentu berkuat kuasa apabila seseorang pemegang lesen memenuhi mana-mana satu terma atau lebih dalam aku janjinya di bawah subseksyen (1), sebagaimana yang disifatkan patut oleh Menteri.

(5)

Suatu fi lesen hendaklah dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada Suruhanjaya di bawah seksyen ini, tertakluk kepada terma yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat, dan sebagaimana yang dikehendaki dalam lesen individu yang diberikan itu, di bawah Bahagian ini.

Lesen Kelas

Menteri boleh memberikan lesen kelas

Section 43 — AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 | mylaw.my