Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Perjanjian francais hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada—
(a)
nama dan perihal keluaran dan perniagaan di bawah francais;
(b)
hak wilayah yang diberikan kepada francaisi;
(c)
fi francais, fi promosi, royalti atau apa-apa jenis bayaran yang berkaitan yang boleh dikenakan atas francaisi, jika ada;
(d)
kewajipan francaisor;
(e)
kewajipan francaisi;
(f)
hak francaisi untuk menggunakan cap atau apa-apa harta intelektual lain, sementara menanti pendaftaran atau selepas pendaftaran francais;
(g)
syarat-syarat yang di bawahnya francaisi boleh menyerahhakkan hak di bawah francais;
(h)
pernyataan tentang tempoh bertenang sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4);
(i)
perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh atau yang berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais;
(j)
jika perjanjian itu adalah berkaitan dengan francaisi induk, identiti francaisor dan hak yang diperoleh oleh francaisi induk daripada francaisor;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
(k)
jenis dan butir-butir bantuan yang diberikan oleh francaisor;
(l)
tempoh francais, dan terma pembaharuan dan pelanjutan perjanjian francais; dan
(m)
kesan penamatan atau habis tempoh perjanjian francais.
(3)
(Dipotong oleh Akta A1617).
(4)
Perjanjian francais hendaklah mempunyai tempoh bertenang, yang hendaklah ditentukan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak tetapi tidak boleh kurang daripada tujuh hari bekerja, dan dalam tempoh itu francaisi mempunyai pilihan untuk menamatkan perjanjian itu.
(5)
Apabila tamat perjanjian francais di bawah subseksyen (4), suatu amaun untuk menampung perbelanjaan munasabah yang dilakukan oleh francaisor untuk menyediakan perjanjian boleh disimpan oleh francaisor daripada fi permulaan yang dibayar di bawah seksyen 19; walau bagaimanapun, semua wang lain hendaklah dipulangkan kepada penerima francais.
(6)
Seseorang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Pembayaran fi francais, dsb.