Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), menggeledah dan menyita—
(a)
salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;
(b)
apa-apa cap, papan tanda, kad, surat, risalah atau peranti atau benda lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa orang itu ialah francaisor, broker francais atau francaisi;
(c)
apa-apa dokumen atau barang lain yang dengan munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud penyiasatan kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.
(4)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penggeledahan tentang seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.
(5)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 590
(6)
Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengusik atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, cap, papan tanda, kad, surat, risalah, peranti atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan.
Waran geledah sah walaupun cacat