Malaysia legislation

Section 45

of *AKTA FRANCAIS 1998

Seksyen 45

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Jika seseorang pegawai diberi kuasa dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 44 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diusik, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 44 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Section 45 — AKTA FRANCAIS 1998 | mylaw.my