Malaysia legislation

Section 17

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 1998

Seksyen 17

Pindaan seksyen 2

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990, yang disebut Akta ibu dalam Bab ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dengan menggantikan proviso kepada takrif “aktiviti perniagaan luar pesisir” dengan proviso yang berikut:

“Dengan syarat bahawa—

(a)

berhubungan dengan syarikat luar pesisir yang menjalankan perniagaan bank luar pesisir, aktiviti itu bolehlah dijalankan dengan pemastautin dan, jika dibenarkan di bawah subseksyen 20(2) Akta Bank Luar Pesisir 1990 [Akta 443], transaksi bolehlah dijalankan dalam mata wang Malaysia;

(b)

berhubungan dengan syarikat luar pesisir yang menjalankan perniagaan insurans luar pesisir, aktiviti itu bolehlah dijalankan dengan pemastautin dan, jika dibenarkan di bawah subseksyen 21(2) Akta Insurans Luar Pesisir 1990 [Akta 444], transaksi bolehlah dijalankan dalam mata wang Malaysia;

(c)

berhubungan dengan pemegangan pelaburan oleh suatu syarikat luar pesisir dalam suatu syarikat domestik, pemegangan itu bolehlah dalam mata wang Malaysia;

(d)

berhubungan dengan syarikat luar pesisir yang menjalankan perniagaan pembrokeran wang, aktiviti itu bolehlah dijalankan dengan pemastautin jika dibenarkan di bawah perenggan 7(3)(a) Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 [Akta 441];

(e)

berhubungan dengan syarikat luar pesisir yang menjalankan perniagaan pemajakan luar pesisir, aktiviti itu bolehlah dijalankan dengan pemastautin jika dibenarkan di bawah perenggan 7(3)(a) Akta Syarikat Luar Pesisir 1990; atau 14

Undang-Undang Malaysia

Akta 591

(f)

Menteri boleh meluluskan perjalanan aktiviti itu dengan pemastautin atau transaksi itu dalam mata wang Malaysia;”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘  “operasi perkapalan” ertinya pengangkutan penumpang atau kargo melalui laut atau penyewaan berdasarkan carter kapal atas asas carter perjalanan atau masa;’.

Pemotongan seksyen 10a