Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
bahawa kenderaan pelancongan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(b)
bahawa apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan had kelajuan dan berat kenderaan, dengan muatan dan tanpa muatan, dipatuhi berhubungan dengan kenderaan pelancongan.
(2)
Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah
Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pelesenan Kenderaan Pelancongan 15
Permohonan bagi pembaharuan lesen