Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

Seksyen 12

(2)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh hari, tetapi tidak lebih daripada enam puluh hari, sebelum tarikh habis tempoh lesen dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

(3)

Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

(4)

Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen mengembalikan lesen itu kepada Pesuruhjaya.

Permohonan bagi pengubahan